Rakan SPPH

Wednesday 17 October 2012

HASIL LUKISAN (minggu 2-5)

Antara hasil kerja yang dihasilkan pelajar.
Penggunaan 'command' yang utama sebelum melakukan kerja lukisan adalah:-

1. Menetapkan 'LIMITS' : <limits> , [selalunya menggunakan kadar (200,200) tetapi bergantung pada gambar yang ingin dilukis]

2. Menetapkan 'GRID' : <grid> , [selalunya grid yang digunakan adalah 10, ianya mewakili keluasan satu petak atau grid]

3. Menetapkan 'SNAP' : <snap> , [snap yang dipilih adalah mengikut kesesuaian gambar yang ingin dibuat, snap adalah jarak pada dalam grid bila cursor digerakkan]
Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

Latihan 4

Latihan 5

Latihan 5

nota : setiap command yang diberi harus disertakan dengan menekan butang ENTER (pesanan keras dari pensyarah Dr Amirmudin Bin Udin).

Boleh rujuk video dibawah untuk tutorial ringkas bagi pengguna baru AUTOCAD..



Format Lukisan


Snap

Adalah perintah untuk mengunci gerakan. Instruksi snap ini biasanya bekerja sama dengan instruksi grid saat menggambar obyek yang mempunyai jarak tetap. Tekan tombol F9 pada keyboard untuk mengaktifkannya.

Grid
Adalah arahan untuk memunculkan titik-titik koordinat. Arahan ini sangat membantu dalam menentukan titik acuan.

Ortho
Adalah arahan untuk mengunci gerakan kursor. Sehingga gerakannya searah vertical dan horizontal. Dengan instruksi ini kita boleh menarik garis tegak lurus (90darjah). 

Osnap
Merupakan singkatan dari object snap. Arahan yang digunakan untuk mengunci gerakan kursor pada ujung-ujung perpotangan. Untuk mengaktifkan fasilitas ikon grup osnap yang lain, klik menu ViewToolbars  Customise Object Snap. 


ENDpoint 
Fungsi objek snap ini digunakan untuk menemukan titik hujung dari objek garis.

CENter 
Digunakan untuk mendapatkan titik pusat dari suatu lingkaran atau arc.

INTersect 
Digunakan untuk mendapatkan titik potong dari sebuah garis, arc atau lingkaran.

MIDpoint 
Digunakan untuk mendapatkan tengah-tengah sebuah garis atau arc.

NEArest 
Digunakan untuk mendapatkan titik terdekat dari sebuah garis.

NODe 
Digunakan untuk mendapatkan posisi dari sebuah titik bebas.

PERpend 
Digunakan untuk mendapatkan sebuah titik pada objek gambar yang tegak lurus pada sebuah titik yang telah ditentukan.

QUAdrant 
Digunakan untuk mendapatkan titik quadrant pada sebuah lingkaran atau titik sudut 0, 90, 180, 270.

TANgent 
Digunakan untuk mendapatkan sebuah titik singgung pada lingkaran dari sebuah titik yang telah ditentukan.

EXTension 
Digunakan untuk mencari suatu titik pertemuan disepanjang suatu garis ..

PARallel 
Digunakan untuk membuat segmen garis lurus yang sejajar dengan segmen garis yang sudah ada. 



ISU PENDIDIKAN TERKINI 2012

Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Tan Sri Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian. Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
Tan Sri Muhyiddin menyifatkan  PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.
Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.
4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.
9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta:  
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.
  
10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
  
11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.
  
Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu perlaksanaan pelan ini.

Wednesday 26 September 2012

Pengenalan Kepada Perisian AutoCAD

SEJARAH AUTOCAD

AutoCAD adalah peringkat lunak komputer CAD untuk menggambar 2 dimensi dan 3 dimensi yang dikembangkan oleh Autodesk. Keluarga produk AutoCAD, secara keseluruhan, adalah software CAD yang paling banyak digunakan di dunia. AutoCAD digunakan oleh insinyur sipil, land developers, arsitek, insinyur mesin, desainer interior dan lain-lain.

Autodesk didirikan tahun 1982 oleh John Walker. Dia dan 15 pembuat lainnya berniat untuk mengembangkan lima aplikasi desktop otomatisasi yang berbeza. Mereka melakukan ini dengan tujuan bahawa salah satu aplikasi yang akan dilepas dan akan dikembangkan dengan lebih lanjut. Produk AutoCAD, yang didasarkan pada CAD program yang ditulis pada tahun 1981 oleh Mike Riddle disebut MicroCAD diubah kemudian ke Interact. AutoCad ditampilkan pada sebuah pameran di Las Vegas COMDEX sebagai program CAD pertama di dunia yg dapat berjalan di PC.

AutoCAD adalah Computer Aided Design (CAD) software paket untuk 2D dan 3D desain dan drafting. Saat ini hanya berjalan pada sistem operasi Microsoft. Versi untuk Unix dan Apple Macintosh juga ada, tapi karena penerimaan pasar yang terbatas dan akhirnya kemudian jatuh. Awalnya AutoCad dibuat untuk insinyur mekanik, hal itu telah diperluas dan sekarang sangat banyak digunakan oleh arsitek dan profesional lainnya. Format file (DWG dan setara ASCII, AutoCAD DXF) telah menjadi standar default untuk paket CAD.

 AutoCAD LT adalah versi ringan dari AutoCAD. Berharga lebih murah (sekitar USD $900 USD versus sekitar USD $4,000 untuk AutoCAD versi lengkap). AutoCAD LT diciptakan oleh Autodesk untuk para pengguna yang hanya berminat untuk menggambar 2 dimensi saja, tetapi AutoCAD LT masih mempunyai kemampuan untuk melihat gambar 3 dimensi tanpa mampu mengubahnya.

AutoCAD Versi pelajar AutoCAD memberikan potongan harga yang besar bagi penggunaan AutoCAD utuk pendidikan (pelajar dan pengajar), baik lisensi 14 bulan maupun lisensi perpetual tersedia. AutoCAD versi pelajar ini mempunyai fungsi yang sama dengan AutoCAD versi komersial lengkap, perbezaannya hanyalah, pada versi pelajar setiap data DWG yang dihasilkan atau di ubah terdapat data bendera internal (bendera pendidikan). Kalau gambar ini dicetak , maka pada gambar tersebut akan terdapat cetakan atau banner di keempat sisi gambar yang menjelaskan bahawa gambar ini diproduksi dari AutoCAD versi pelajar. Gambar yang dihasilkan dari AutoCAD versi pelajar dilarang digunakan untuk keperluan komersial.

Vertical programs Autodesk juga mengmembangkan beberapa program vertikal dari AutoCAD untuk beberapa disiplin khusus. Contohnya AutoCAD Architecture (sebelumnya disebut Architectural Desktop), memungkinkan arsitek untuk menggambar obyek 3 dimensi dari tembok, pintu, jendela, dengan data yang lebih cerdas berhubungan langsung dengan obyek tersebut, daripada obyek sederhana seperti gambar garis dan lingkaran saja. Data boleh diprogram untuk menampilkan produk arsitektural secara spesifik yang dijual dipasaran lengkap dengan harga dan merek obyek tersebut. Contoh lain adalah AutoCAD Mechanical untuk insinyur teknik mesin, AutoCAD Electrical untuk insinyur teknik elektro, AutoCAD Civil 3D (untuk insinyur teknik sipil), dan AutoCAD Map 3D (peta).


EVOLUSI PERISIAN AUTOCAD

1.      Version 1.0 December 1982
2.      Version 1.2 April 1983
3.      Version 1.3 August 1983
4.      Version 1.4 October 1983
5.      Version 2.0 October 1984
6.      Version 2.1 May 1985
7.      Version 2.5 June 1986
8.      Version 2.6 April 1987
9.      AutoCAD R9 September 1987 (huruf "R" mewakili kata Release)
10.  AutoCAD R10 October 1988
11.  AutoCAD R11 October 1990
12.  AutoCAD R12 June 1992 
13.  AutoCAD R13 November 1994
14.  AutoCAD R14 February 1997
15.  AutoCAD 2000 (R15) March 1999
16.  AutoCAD 2000i (R16) July 2000
17.  AutoCAD 2002 (R17) June 2001
18.  AutoCAD 2004 (R18) March 2003 
19.  AutoCAD 2005 (R19) March 2004
20.  AutoCAD 2006 (R20) March 2005
21.  AutoCAD 2007 (R21) March 2006
22.  AutoCAD 2008 (R22) March 2007
23.  AutoCAD 2009 (R23) March 2008
24.  AutoCAD 2010 (R24) March 2009
25.  AutoCAD 2011 (R25) March 2010


PERKASASAN ASAS AUTOCAD

Perkakasan AutoCAD boleh diklasifikasikan kepada peranti masukan, peranti storan dan peranti luaran

1. Peranti Masukan
    a. papan kekunci
    b. tetikus
    c. pena

2. Peranti luaran
    a. pencetak
    b. monitor
    c. LCD projector

3. Peranti storan
    a. cakera keras
    b. memory stick
    c. cakera CD/ VCD/ DVD
    d. email